Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia


Pidato adalah kegiatan seseorang dengan maksud menyampaikan berbagai hal secara lisan kepada orang lain disekitarnya. Dengan harapan orang yang mendengarkan itu mengerti dan memahami apa yang disampikan pada saat itu. Ciri khas pidato yaitu menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan apa yang di inginkan jadi tidak mungkin orang seseorang yang tidak cakap. menggunakan bahasa berharap dapat menyampiakan pendapat dan kemauan orang lain untuk cara berpidato. Pidato itu pada dasarnya ucapan yang tersusun dengan baik dn ditunjukkan kepada orang lain atau orang banyak. Pidato dapat dilaksanakan pada upacara bendera, pada pesta keluarga, peringatan hari besar nasional dan keamanan dll..Kumpulan Pidato Lengkap

 

Pidato juga dikatakan sebagai penyampaian pikiran seca

ra lisan di depan penonton atau pendengar. Tujuan pidato dapat dibagi menjadi tiga, yaitu:

  • Informatif

Pidato informatif bertujuan untuk memberikan informasi kepada pembaca atau pendengar. Berupa petunjuk tentang sesuatu, pengarahan tentang masalah tertentu, dan penjelasan tentang obyek tertentu.

  • Rekreatif

Pidato rekreatif bertujuan untuk menghibur para pendengar. Saat menyampaikan pidato, orator perlu menyelipkan beberapa hiburan, sehingga pidato yang disampaikan dapat tercapai.

  • Persuasif

Tujuan pidato persuasif adalah untuk memengaruhi para pendengar. Pada saat menyampaikan informasi, orator perlu memengaruhi atau mengajak.

Sehingga informasi yang disampaikan dapat diterima dan dilaksanakan oleh pendengar dalam kehidupannya sehari-hari.

 

Persiapan pidato

Sebelum berpidato didepan umum ada hal-hal yang perlu diperhatikan dan siapkan diantaranya adalah

  1. Mengetahui wawasan pendengar pidato secara umum
  2. Mengetahui lama waktu atau durasi pidato yang akan dibawakan.
  3. Menyusun kata-kata yang mudah dipahami dan dimengerti.
  4. Mengetahui jenis pidato melalui tema acara,
  5. Menyiapkan bahan-bahan dan perlengkapan pidato dan lain sebagainya.


Kriteria Berpidato yang Baik

  1. Isinya sesuai dengan apa yang sedang berlangsung
  2. Bermanfaat bagi pendengar
  3. Isinya jelas dan benar serta objektif
  4. Menggunakan bahasa yang mudah dimengerti
  5. Tersampaikan secara baik dan benar


Berikut Contoh Pidatonya:

 


Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia

 

 Bismilahhiramannirahim

Kalau tidak kerana bintang,

Tak akan bulan kelihatan tinggi ,

Kalau tidak kerana pidato,

Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan ,

Singgah sebentar di laluan Kerai,

Salam satu Malaysia saya hulurkan ,

Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum W.B.H

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh berlayar si pedagang Cina ,

Singgah di Melaka menjual sutera .

Bahasa melayu bahasa perantara ,

Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati

Cogan kata Hidup Muafakat Membawa Berkat merupakan antara cogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati,

Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi bahasa menunjukkan bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan, kemelayuan ataupun keindiaan.

Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah

Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu

Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses kemalaysiaan sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan, sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain dasar baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.


 

 Contoh Naskah Pidato Singkat dalam Berbagai Tema

 

 

Banyak sekali Contoh pidato yang tersedia disini dari Contoh pidato bahasa jawa, Contoh Pidato Bahasa Sunda, contoh pidato bahasa inggris singkat, contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan
,contoh pidato bahasa inggris tentang covid-19, pidato bahasa inggris tentang akhlak, contoh pidato bahasa inggris singkat tentang islam, materipedia.my.id, pidato bahasa inggris singkat tentang pendidikan, contoh pidato bahasa inggris tentang lingkungan, contoh pidato bahasa inggris tentang menjadi diri sendiri, contoh pidato bahasa jawa tentang pendidikan, contoh pidato bahasa jawa tentang covid-19, contoh pidato bahasa jawa tentang perpisahan, contoh pidato bahasa jawa tentang menuntut ilmu, contoh pidato bahasa jawa tentang kesehatan, pidato bahasa jawa tengah, pidato bahasa jawa krama, pidato bahasa jawa singkat tentang kebersihan .

 

Orang lain juga menelusuri

  • impromptu adalah
  • jelaskan tujuan orang melakukan pidato
  • bagaimana konsep urutan dari isi pidato
  • bagaimana melakukan pidato dengan baik
  • sebutkan langkah-langkah menulis pidato
  • sebutkan metode pidato 
  • contoh pidato lisan
  • contoh pidato tentang lingkungan
  • contoh pidato tentang covid-19
  • contoh pidato perpisahan
  • contoh pidato islami
  • contoh pidato pendidikan
  • contoh pidato yang menarik dan tidak membosankan
  • contoh pidato persuasif

 

 

Posting Komentar untuk "Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia"